PTS Kerjaya Dalam Bidang Farmasi
Product SKU: PTS 978-983-3586-82-0
Tajuk : Kerjaya Dalam Bidang Farmasi
Pengarang : Rashidah Mat Nor
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 978-983-3586-82-0
Mukasurat : 128 Halaman
Status Stok : ADA
Memandu pembaca bagi memulakan langkah pertama yang betul dalam mencapai cita-cita sebagai ahli farmasi. Pelbagai maklumat penting termasuk senarai institusi yang diiktiraf serta maklumat berkaitan biasiswa dan pinjaman turut disertakan.
Prakata
BAHAGIAN 1 SEJARAH DAN PENGENALAN
Pengenalan
Sejarah Farmasi
Definisi Farmasi dan Kerjaya
Tokoh-tokoh Farmasi
Pandangan Pelajar dan Ahli Farmasi
Pilihan Bijak
BAHAGIAN 2 KELAYAKAN DAN INSTITUSI BERKAITAN
Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi
Biasiswa dan Pinjaman
BAHAGIAN 3 PELUANG KERJAYA DAN GAJI
Peluang Kerjaya dan Gaji
Cara Memohon
BAHAGIAN 4 BIDANG TUGAS
Bidang Tugas Pegawai Farmasi
Diari Harian Pegawai Farmasi
Khidmat Nasihat dan Kaunseling Ahli Farmasi
BAHAGIAN 5 PENUTUP
Cabaran Dalam Bidang Farmasi
Organisasi Berkaitan
Penutup
Glosari
Bibliografi
Lampiran
āKerja menunggu anda bukan anda yang mencari kerja.ā Kata-kata ini sesuai ditujukan kepada pelajar yang bercita-cita memilih bidang farmasi sebagai kerjaya. Menurut rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, kekosongan jawatan bagi ahli farmasi sentiasa terbuka luas. Selain bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai pegawai farmasi, pelajar juga boleh menjawat jawatan sebagai pegawai pendaftaran, pegawai penguatkuasaan, pensyarah, pegawai penyelidik, pegawai kawalan mutu, konsultan, usahawan farmasi dan sebagainya. Lantaran itu pelajar perlu merebut peluang dengan memilih bidang farmasi sebagai kerjaya masa depan. Tetapkan matlamat dan pilih laluan kerjaya yang betul dan sesuai dengan minat.
Dalam zaman maklumat di hujung jari, pelajar mempunyai pilihan membuat rujukan dari berbagai sumber bagi memastikan pilihan kerjaya pelajar tepat dan sesuai dengan kelulusan. Adalah merugikan bagi pelajar yang berkebolehan dalam bidang sains tidak menggunakan peluang untuk menceburi kerjaya sains. Gunakan keistimewaan yang ada pada minda bagi memenuhi ruang kerjaya yang mencabar ini. Di samping itu, lakukan ujian inventori bagi menilai personaliti, kelebihan atau kesukaan sebagai asas dalam pemilihan kursus. Bidang kursus yang ditawarkan di universiti secara asasnya telah ditetapkan laluan kerjaya yang akan diceburi apabila tamat pengajian.
Ahli farmasi adalah ārakan karibā kepada doktor perubatan. Doktor merawat pesakit manakala pegawai farmasi menyediakan ubat yang mujarab kepada pesakit. Ubat adalah satu komponen penting kepada kesihatan manusia. Sebagaimana pentingnya ubat kepada manusia, begitulah pentingnya ahli farmasi dalam kehidupan pesakit. Masa depan dan prospek bagi bidang farmasi adalah luas berdasarkan peningkatan taraf hidup masyarakat yang mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bagi memegang status ahli farmasi, pelajar perlu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda farmasi dari universiti tempatan dan luar negara. Kos, pembiayaan dan tempat bukan halangan untuk belajar kerana buku ini turut memaparkan institusi yang diiktiraf dan tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pelajar. Mulakan langkah pertama dengan mengikuti bidang sains dan cemerlang dalam keputusan peperiksaan bagi memudahkan laluan memasuki bidang pengajian farmasi.
Semoga buku Kerjaya Dalam Bidang Farmasi dapat membantu pelajar mengenali bidang farmasi melalui pendedahan pengalaman dan pengajaran yang dilalui oleh mereka yang terlibat dalam bidang ini. Maklumat yang terkandung dalam buku ini digarap melalui pengalaman peribadi berdasarkan temubual dan soal jawab sebenar dengan pelajar ahli-ahli farmasi. Buku ini sesuai digunakan oleh ibu bapa dan kaunselor kerjaya bagi memupuk minat pelajar menceburi kerjaya farmasi.