KN Selamat Pengantin Baru Isteriku
Product SKU: KN1
Atas dasar cinta, Addam dan Qisti kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik membongkar status sebenar Qisti kepada Addam.
Kehidupan Addam mula kucar-kacir apabila ibunya, Maria mendesak dia mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Dengan hati yang separuh rela, Addam memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti.
Bahagiakah Addam dan Qisti melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?
Berikut adalah ralat penerbitan buku ini:
Dari Penerbit Kaki Novel:
" KN ingin mengumumkan bahawa terdapat sedikit kesilapan teknikal pada muka surat di dalam novel "Selamat Pengantin Baru Isteriku" nukilan Nass Alina Noah, terbitan bulan Januari, 2009.
Muka surat 217 (sebelum Bahagian II) sebenarnya tidak perlu dipaparkan di bahagian bawah helaian novel. Begitu juga dengan muka surat 563 (sebelum Bahagian III) dan muka surat 801(sebelum Bahagian IV). Muka surat tersebut sememangnya sengaja dikosongkan untuk membezakan Bahagian II, III dan IV.
KN memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan ini dan juga kekeliruan yang timbul akibat kesilapan ini.
Maaf di atas segala kesulitan yang timbul."
Sumber: www.KakiNovel.com
Pengguna Paypal & Euro Transfer sahaja! Sila TUKAR kepada matawang EURO sebelum membeli.
Cara : Pilih EURO dan klik "Change Currency". |