TB Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Product SKU: 978-983-3494-47-7
Tajuk : Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Pengarang : Haji Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3494-47-7
Status Stok : ADA
Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu.
Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah.
Buku ini akan mengubah sikap anda yang terperonyok itu!
Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “SINGA”. Buku ini cuba membantu anda untuk mengeluarkan SINGA tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.
Selepas membaca buku ini anda akan mengubah diri anda Memecut Tangga Kejayaan!!
Â
Ask a question about this product
Pengguna Paypal & Euro Transfer sahaja! Sila TUKAR kepada matawang EURO sebelum membeli.
Cara : Pilih EURO dan klik "Change Currency". |