Home Kedai Online Islam Haji & Umrah PTS Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

Friday
Jul 30th
Islam arrow Haji & Umrah arrow PTS Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

PTS Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah


PTS Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah Click here to enlarge
RM 19.00
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend


Product SKU: PTS103


Product: PTS Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Tajuk : Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
Pengarang : Ridzwan Bakar
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-5137-25-9
Mukasurat : 181 Halaman

Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini.  Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama.
Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda.

Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaran haji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari ‘seruannya’ sendiri dengan  membuat perancangan haji semasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa. 
Justeru, buku ini ditulis bagi menggarap peluang dan bermatlamat:

1.  Mengajak  menunaikan kewajipan haji ketika usia muda
Pengolahan jalan cerita memberi inspirasi kepada pembaca betapa pentingnya melaksanakan haji pada usia muda.

2.    Menjemput  pembaca berfikir falsafah Haji.
Terdapat empat  konteks yang cuba saya ketengahkan. Pertama, hakikat seru. Kedua, taubat dan mohon keinsafan. Ketiga pentingnya ilmu dan mendekati sejarah nabi. Keempat apakah bentuk pendidikan haji yang menuntut kita laksanakan khususnya selepas selesai haji. Mampukah dan layakkah kita memohon Syurga Firdaus atau sekadar berada di syurga setinggan?

3.  Memberi panduan haji
Sedikit panduan ringkas persediaan haji meliputi aspek fizikal, kewangan dan rohani. Buku ini disusun mengikut perjalanan penulis sebelum, ketika  berada di tanah suci dan selepas melengkapkan haji. Ia ditambah nilai dengan pengalaman umrah selepas haji.

4.   Tips pengurusan kewangan haji
Semua insan bercita-cita untuk ke tanah suci, kemungkinan selepas pencen. Apabila perkara ini dibincangkan dengan teman-teman, perkara pokok yang difikirkan adalah di mana hendak mencari duit? Buku ini memberi sedikit tip kepada bakal haji muda dan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarga dan anak-anak serta sesuai menjadi panduan umum pengurusan kewangan kepada pembaca.

5.    Pelengkap kepada siri buku ‘Travelog Haji‘ yang diasaskan oleh Prof Dr. haji Muhd Kamil Ibrahim dan Penerbit PTS Islamika.
Buku  terdahulu, ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’ (selepas ini dirujuk sebagai THMSI) membimbing pembaca terus ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian Madinah. Buku ini pula memimpin pembaca bagi menghayati haji semasa di Madinah bagi menggarap peluang memperoleh haji terbaik sebelum melangkah ke Mekah. Pembaca akan memperoleh manfaat daripada kedua-dua buku dengan catatan perjalanan yang berbeza. Dari sini (khusus bakal tetamu Allah yang pertama kali melangkah ke tanah suci), mereka akan mendapat gambaran perjalanan  daripada dua perspektif dan bolehlah membuat perancangan perjalanan haji dari awal. Hakikatnya, kedua-dua buku mengajak pembaca berfikir dan mencadangkan panduan berguna yang dapat dimanfaatkan oleh bakal tetamu Allah.

Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

Troli Anda:
0 Buku

Jumlah Order: RM 0.00

0 Product
RM 0.00




Kategori Buku

Novel Umum
Alaf 21 (162)
Creative Enterprise (30)
Jemari Seni Publishing (45)
KarnaDya (25)
Fajar Pakeer (45)
NB Kara (31)
Ameen Books (14)
Al-Hidayah (6)
Telaga Biru (10)
True Wealth (2)
PTS (28)
Kaki Novel (52)
KRU (6)
Buku Prima (81)
Intens Media (4)
Mohaisya Enterprise (1)
Citra Kurnia Enterprise (0)
Pustaka Dini (14)
iBook Publication (1)
Novel Inggeris (7)
SA Production (0)
DBP (1)
Utusan / Tintarona (5)
Galeri Ilmu (4)
Kharisma Network (2)
Novel Islami (30)
Novel Sains & Fantasi (15)
Novel Thriller (6)
Novel Sejarah Tempatan (11)
Novel Sejarah Islam (16)
Cerpen, Puisi, Komik, Grafik
Cerpen (6)
Puisi (4)
Komik & Grafik (33)
Remaja
PTS (31)
Panduan & Motivasi (16)
Ameen Books (2)
KarnaDya (46)
Jemari Seni (0)
Galeri Ilmu (8)
Novel Chick-Lit (3)
ASFi (7)
Kanak-Kanak
Umum (15)
Bacaan Awal (43)
Inggeris (11)
Jawi, Arab, Quran (18)
Siri Islami (5)
Asas Islam (9)
Buku Aktiviti (6)
Islam
Umum (32)
Akidah & Kepercayaan (17)
Solat (22)
Puasa (7)
Haji & Umrah (7)
Quran & Hadis (20)
Dakwah (14)
Biografi (10)
Sejarah & Politik (23)
Nabi & Rasul (11)
Doa & Amalan (13)
Kekeluargaan
Wanita & Ibu (10)
Perkahwinan (30)
Didik Anak (12)
Bakal Ibu (7)
Resepi & Makanan
Kompilasi Negeri & Bangsa (21)
Roti, Kek & Biskut (23)
Lauk-Pauk (28)
Manisan & Kuih-Muih (14)
Recipes (English) (12)
Western (7)
Aneka (42)
Fesyen & Hobi
Gubahan & Hantaran (6)
Jahitan & Sulaman (26)
Fesyen (7)
Tumbuhan (7)
Anjung Seri (5)
Seni Kreatif (6)
Music (1)
Sudoku (1)
Bisnes & Pengurusan
Usahawan (19)
Mula Bisnes (7)
Bisnes Konventional (22)
Internet Bisnes (15)
Jualan (5)
Marketing (8)
Hartanah & Saham (8)
Motivasi Usahawan (31)
Kepimpinan (41)
Operasi & Pengurusan (8)
Sumber Manusia (2)
Pembangunan Kerjaya (26)
Kewangan (12)
English Books (26)
Panduan
Umum (23)
English (9)
Kesihatan (5)
Ikatan & Cinta (10)
Urus Masa (6)
Internet (3)
Kerjaya (28)
Urus Wang (13)
Motivasi
Umum (39)
Inggeris (4)
Pelajar (10)
Islamik (22)
Guru & Pendidikan
Pendidikan Khas (7)
Kaunseling (34)
Bahasa dan Linguistik (17)
Pedagogi (14)
Prasekolah (11)
Cerita & Motivasi Guru (6)
Asas & Dasar Pendidikan (5)
Panduan Aktiviti (7)
Sekolah
Tahun 1
Bahasa Malaysia (6)
English (4)
Matematik (4)
Sains (5)
Pendidikan Islam (2)
Pelajaran Jawi (2)
Tahun 2
Bahasa Melayu (5)
English (4)
Matematik (5)
Sains (4)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (1)
Tahun 3
Bahasa Malaysia (4)
English (4)
Matematik (4)
Sains (4)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (1)
Tahun 4
Bahasa Malaysia (5)
English (4)
Matematik (5)
Sains (4)
Geografi (0)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (1)
Tahun 5
Bahasa Malaysia (2)
English (10)
Matematik (9)
Sains (8)
Geografi (0)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (0)
Tahun 6
Bahasa Malaysia (3)
English (3)
Matematik (3)
Sains (4)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (2)
UPSR (3)
PMR (16)
SPM (12)
Penerbit Universiti
Umum (25)
Sejarah (0)
Politik (0)
Biografi (0)
Sains (7)
Kejuruteraan (3)
Alam Sekitar (8)
Islam (2)
Bahasa & Sastera (5)
Seni & Budaya (4)
Senibina (4)
Pendidikan (2)
Kesihatan & Perubatan (4)
Kekeluargaan (0)
Pengurusan (5)
Kamus
Bahasa Melayu (4)
English (0)
Dwibahasa (6)
Peribahasa (5)
Simpulan Bahasa & Lain-lain (3)
Bahasa Arab (2)
Mandarin (0)
Tamil (0)
Lain-lain Kamus (1)
Bahasa Indonesia
Pendidikan, Falsafah, Psikologi (13)
Kitab & Tatabahasa Arab (3)
Novel (24)
Al-Quran (17)
Dakwah & Harakah (38)
Motivasi (17)
Wanita & Keluarga (38)
Ibadah (19)
Khiamat & Akhir Zaman (13)

Kepada Pengguna Paypal

Paypal Pengguna Paypal & Euro Transfer sahaja! Sila TUKAR kepada matawang EURO sebelum membeli. Cara : Pilih EURO dan klik "Change Currency".

Follow us on Twitter