TW Revolusi MLM
Product SKU: 978-967-5428-74-6
Tajuk : Revolusi MLM
Pengarang : Dr Siti Nurul Ain Jamil; Najib Mohamed
Penerbit : True Wealth
ISBN : 978-967-5428-74-6
Status Stok : ADA
Buku ini berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai perniagaan rangkaian MLM yang sering disalah sangka oleh masyarakat sedunia. Buku ini juga membongkar rahsia dan tip-tip mencipta kekayaan menerusi MLM.
Antara isu yang dibincangkan:
Â
About The Author:
Dr Nurul Ain telah berkecimpung dalam bidang Multi Level Marketing (MLM) semenjak tahun 2007 iaitu ketika masih belajar di universiti. Beliau masih meneruskan perniagaan MLM dalam sebuah syarikat MLM antarabangsa sehingga kini dan telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan hasil perniagaan tersebut. Ketika berusia 24 tahun, beliau telah memecahkan rekod syarikat MLM yang disertainya kerana dinobatkan sebagai National Marketing Director termuda iaitu pangkat ketiga tertinggi di dunia. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kimia (2010) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Â
Najib Mohammad memulakan perniagaan MLM secara sambilan di Internet pada tahun 2007 bersama-sama dengan Dr Nurul Ain. Kini beliau, menumpukan segala tenaga secara sepenuh masa terhadap perniagaan MLM. Mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan di University of Applied Sciences, Hochschule Offenburg, Germany. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai jurutera seni reka dengan sebuah daripada syarikat perunding kejuruteraan di Jerman selama dua tahun. Beliau kini adalah seorang penceramah dan tenaga pengajar bagi melatih ahli-ahli baru yang bergiat di dalam perniagaan MLM yang disertainya. Ribuan ahli telah mendapat manfaat daripada latihan yang dikendalikan oleh beliau.