TW 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Me
Product SKU: 978-967-5428-14-2
Tajuk : 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia
Pengarang : Khairul Anuar
Penerbit : True Wealth
ISBN : 978-967-5428-14-2
Mukasurat : 154 Halaman
Status Stok : ADA
Setiap individu yang pernah membeli hartanah di Malaysia pasti mengalami kerumitan dengan perundangan berkaitan hartanah. Kadangkala, anda bagai terpaksa menjadi peguam ketika hendak memahaminya. Buku versi terjemahan 40 Questions You Need To Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property In Malaysia ini akan menjawab segala persoalan dan memberi idea mengenai apa yang bakal dihadapi dalam proses pembelian hartanah. Ia berkonsepkan ‘soal-jawab’ segala pertanyaan munasabah yang perlu anda tanyakan kepada peguam anda.
About The Author:
Khairul Anuar Shaharudin percaya beliau dilahirkan untuk menjadi seorang peguam. Sebagai seorang rakan kongsi di sebuah firma guaman yang stabil di Petaling Jaya, beliau berpengalaman luas dalam menasihat pihak pemaju, penjual dan pembeli hartanah: tanah, rumah, apartmen, kondominium, dan sebagainya. Khairul Anuar memegang Ijazah Perundangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kewangan Islam di International Centre of Education of Islamic Finance. Selain itu, beliau juga aktif sebagai penulis bebas, penulis blog, pensyarah, pelabur hartanah dan seorang usahawan.