BP Lara Di Jiwa Ajym
Product SKU: 978-967-5489-95-2
Ajym adalah Najymi atau Atan, anak Sumaiyah, gadis yang direnggut maruahnya oleh Tuan Arifin pemilik Tegap Holding. Meskipun tidak menerima kehadiran Tuan Arifin selaku bapa namun kerana amanah dan amanat, Najymi bersetuju menjaga Tegap Holding sebaik Tuan Arifinn meninggal dunia. Pulangnya Laramaisa Hani anak tunggal Tuan Arifinn yang belajar dari luar negara, dia enggan melepas Najymi meninggalkan Tegap Holding. Hubungan yang membibitkan rasa cinta yang mendalam di hati Lara dan Ajym tetapi terpaksa mengambil keputusan berpisah sebaik mengetahui perhubungan Najymi dan orang tua Lara. Nenek angkat Najymi sedar kesakitan perasaan cucunya tetapi dia berpegang kuat pada amanat allahyarham suaminya yang tidak membenarkan Najymi bersatu dengan Lara.