TW Rahsia Usahawan Tuisyen
Product SKU: 978-967-5428-24-1
Â
Tajuk : Rahsia Usahawan Tuisyen
Pengarang : Yusnizam Yusoff & Natra Abd Hamid
Penerbit : True Wealth
ISBN : 978-967-5428-24-1
Mukasurat : 137 Halaman
Status Stok : ADA
Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan, semuanya dikongsi oleh kedua-dua penulis yang berpengalaman luas dalam industri tuisyen.
About The Author:
Yusnizam Yusoff merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Beliau menjadi usahawan tuisyen sejak tahun 1999 secara sepenuh masa dan tidak pernah bekerja makan gaji. Beliau terlibat sebagai perunding motivasi, jurulatih seminar kerjaya, penulis dan penceramah bebas. Yusnizam pernah menjalankan seminar ‘Bagaimana Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Tuisyen Sambilan’ sejak tahun 2007. Beliau juga merupakan peulis buku bertaraf best-selling Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya.
Natra Abd Hamid merupakan Pengarah Urusan, Pusat Tuisyen Pragmatik Dinamik yang ditubuhkan sejak tahun 2007, dan ketika beliau baru berusia 21 tahun. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan di IZRA GLOBAL & SERVICES, perniagaan bidang Pendidikan, Hartanah dan Pelancongan. Pengalaman beliau dalam pendidikan dan perniagaan banyak mendidik beliau menjadi usahawan Pusat Tuisyen yang berjaya. Beliau mula mengajar tuisyen sejak tahun 2004 sehingga kini.