PTS 10 Juta Pulus
Product SKU: 978-967-5136-54-2
Tajuk : 10 Juta Pulus
Pengarang : Masdalifadzlie M Saaid
Penerbit : PTS Fortuna Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5136-54-2
Mukasurat : 216 Halaman
Status Stok : ADA
Zombie lembap terhegeh-hegeh yang menakutkan.
Puntianak kacak yang dapat memanjat pokok dengan pantas sambil membawa gadis cantik di belakangnya.
Makhluk asing berkulit biru tinggi menggalah dan tidak cukup baju.
Semuanya tiada kena-mengena dengan cerita ini.
Ini cuma cerita biasa.
Ada protagonis kurus, gemuk, sebuah robot suka menggodam dan puntianak yang suka Flussig Die Tomate.
Mereka tidak menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing yang tidak 'begitu asing'.
Mereka juga tidak cuba menyelamatkan gadis cantik daripada puntianak yang hauskan darah ataupun serigala jadian yang marah kulitnya dijadikan beg Prada.
Musuh mereka cuma kapitalis tamak.
Ceritanya biasa sahaja, bukan?