USM CAD/CAM Dalam Pendidikan Kejuruteraan dan Industri Malaysia
Product SKU: 978-983-861-338-5
Tajuk : CAD/CAM Dalam Pendidikan Kejuruteraan dan Industri Malaysia
Pengarang : Prof. Ahmad Yusof Hassan
Penerbit : Penerbit USM
ISBN :978-983-861-338-5
Tahun Terbit : 2007
Status Stok : PRE-ORDER
Sinopsis:
Kita kini telah berada dalam zaman digital. Implikasi perkembangan teknologi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat mengesankan kehidupan dari pelbagai aspek. Selaku institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai tugas menjana modal insan untuk pembangunan negara, cabaran utama ialah untuk sentiasa relevan dan berjaya menyediakan tenaga kerja dan agen perubahan untuk negara yang mampu bersaing pada peringkat global dalam persekitaran dunia tanpa sempadan kini. Keupayaan bersaing pada peringkat tinggi sedemikian menuntut proses pembelajaran dan latihan agar lebih objektif, berdaya saing, anjal, cekap, bersepadu dan mampu bertahan mengharungi cabaran masa akan datang. Pendidikan kejuruteraan di Malaysia sudah pasti relevan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Isu kualiti kurikulum dan latihan, pendekatan dan orientasi serta pengiktirafan dalam dan luar negara mengalami perkembangan positif dan memberangsangkan. Teknologi CAD/CAM telah dikenal pasti sebagai teknologi penting yang boleh menjana industri Malaysia untuk mengeluarkan produk yang tinggi mutunya pada kadar kos yang kompetitif. Pengenalan, liputan dan penghayatan teknologi CAD/CAM pada peringkat IPT mestilah tepat dan berkesan agar pelaburan masa, wang ringgit dan tenaga mendapat pulangan yang setimpal. Padanan graduan jurutera dengan industri di Malaysia menjadi tuntutan semasa. Jurang amalan teknologi antara IPT dengan industri masih wujud. Formula untuk saling membantu jurutera daripada fasa pembelajaran di IPT dan kerjaya dalam insdustri perlu dicari segera. Penyelidikan dan pembangunan dengan pengkomersialan juga menjadi satu tuntutan untuk dijalin sama agar Malaysia dapat menghasilkan produk baru buatan Malaysia yang diterima luas di seluruh dunia. Teknousahawanan juga telah menjadi satu ajakan kepada graduan agar tidak bergantung pada kerajaan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan. Strategi IPT untuk melaksanakan CAD/CAM dalam penyediaan graduan akan disemak statusnya dan amalan CAD/CAM dalam industri pembuatan juga akan diterokai. Harapan masa akan datang dibincang dalam konteks pemajuan dan penambahbaikan daripada keadaan sekarang.