BP Street Vendetta
Product SKU: 978-967-5234-53-8
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.
Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.
Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!
Kalau anda peminat drama bersiri Korea, Anda harus dapatkan buku ini untuk di jadikan koleksi.rnrnDengan bahasa santai yang sangat bersahaja. Cantik
betul olahan setiap babak dlm cerita ni. Watak Ana sangat berbeza dengan novel cinta lain. rnrnSaya betul-betul tak rasa rugi beli novel nih...
Tahniah Mazni!!!! Teruskan dengan novel lain. Tapi ingat, kuantiti tak penting, yang penting kualiti...rnrn5 bintang... amek !!!