Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Monday
May 22nd
IslamarrowTarbiyah & Motivasi DiriarrowTB Nota Hati Seorang Lelaki

TB Nota Hati Seorang Lelaki


TB Nota Hati Seorang Lelaki
Click here to enlarge
RM 20.00
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-967-5102-48-6


Product: TB Nota Hati Seorang Lelaki

Tajuk : Nota Hati Seorang Lelaki
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-48-6
Mukasurat :
Status Stok : ADA

Dalam buku ini Pahrol Mohamad Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!

Berikut adalah kata Penerbit buku tersebut ketika memperkenalkan buku ini. Kepada Allah jua diserahkan segala urusan…

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.  

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (”co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

- Telaga Biru Sdn. Bhd.

http://genta-rasa.com/2009/04/08/prakata-buku-nota-hati-seorang-lelaki/


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

Laman Utama Kedai-Buku Islam Tarbiyah & Motivasi Diri TB Nota Hati Seorang Lelaki

Pilihan Penerbit ikut Kategori



Kategori Buku

Majalah
Al-Ustaz (2)
Haluan (1)
Sinergi (1)
Pengetahuan Am
Sejarah & Budaya (3)
Tokoh Negara (5)
Tokoh Dunia (1)
Perundangan Negara (1)
Novel Umum
Alaf 21 (35)
Ameen Books (4)
Buku Prima (34)
Creative Enterprise (5)
Fajar Pakeer (12)
Galeri Ilmu (8)
Idea Kreatif (1)
Intens Idea (1)
Jemari Seni Sdn Bhd (53)
Kaki Novel (59)
KarnaDya (3)
Karyaseni (103)
NB Kara (4)
PTS (35)
Koleksi Karya HAMKA (10)
Penulisan2u (36)
Anaasa Publication (17)
Cute Kreatif (6)
Dubook Press (10)
SR Publication (1)
Telaga Biru (9)
Lain-Lain Penerbit (18)
Novel Islami (8)
Novel Inggeris (0)
Novel Sains & Fantasi (6)
Novel Seram / Thriller (3)
Novel Sejarah Tempatan (6)
Novel Sejarah Islam (33)
Novel Ketenteraan (0)
Cerpen, Puisi, Komik, Grafik
Cerpen (3)
Puisi (0)
Komik & Grafik (11)
Remaja
Umum (14)
Panduan & Motivasi (2)
PTS (23)
KarnaDya (2)
Novel Remaja (1)
Siri Lela Zehan (3)
Kanak-Kanak
Umum (5)
Belajar Membaca (1)
Buku Aktiviti (1)
Flashcards (0)
Jawi, Arab, Quran (2)
Siri Islami (30)
Siri PTS (21)
Siri Ana Solehah (0)
Siri Pengembaraan Akif (0)
Islam
Umum (35)
Akidah & Kepercayaan (10)
Solat (13)
Puasa (7)
Haji & Umrah (13)
Quran & Hadis (13)
Dakwah (14)
Biografi (7)
Isu Semasa, Politik & Sejarah (36)
Nabi & Rasul (14)
Doa & Amalan (32)
Akhir Zaman (5)
Soal-Jawab (17)
Travelog (11)
Tarbiyah & Motivasi Diri (65)
Kewangan & Perundangan Islam (4)
Kekeluargaan
Wanita & Ibu (24)
Cinta & Perkahwinan (58)
Didik Anak (28)
Bakal Ibu (13)
Resepi & Makanan
Kompilasi Negeri & Bangsa (20)
Roti, Kek & Biskut (8)
Nasi & Lauk-Pauk (31)
Manisan & Kuih-Muih (9)
Recipes (English) (3)
Western (3)
Aneka (18)
Kanak-Kanak (0)
Dekorasi (1)
Sarapan (0)
Buahan & Jus (0)
Kompilasi Chef (3)
Pelbagai Mi (2)
Perayaan & Sambutan (6)
Kesihatan (1)
Hobi & Kemahiran
Gubahan & Hantaran (1)
Jahitan & Sulaman (1)
Fesyen (4)
Tumbuhan & Hiasan Laman (2)
Haiwan (1)
Seni Kreatif (0)
Music (0)
Sudoku (0)
Fotografi (5)
Buat Sendiri (DIY) (0)
Bisnes & Pengurusan
Usahawan (7)
Mula Bisnes (2)
Bisnes Konventional (8)
Internet Bisnes (11)
Jualan & Pemasaran (12)
Hartanah & Saham (6)
Motivasi Usahawan (12)
Kepimpinan (3)
Operasi & Pengurusan (0)
Pembangunan Kerjaya (6)
Pelaburan & Kewangan (7)
English Books (8)
Panduan
Umum (9)
English (5)
Kesihatan & Kecantikan (5)
Urus Masa (2)
Internet (0)
Kerjaya (4)
Urus Wang (17)
Penulisan, Penerbitan & Percetakan (3)
Motivasi
Umum (32)
Inggeris (1)
Pelajar (6)
Sekolah
Tahun 1
Bahasa Malaysia (0)
Bahasa Inggeris (0)
Matematik (0)
Sains (0)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (0)
Bahasa Arab (0)
Lain-lain Matapelajaran (0)
Tahun 2
Bahasa Malaysia (0)
Bahasa Inggeris (0)
Matematik (0)
Sains (1)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (0)
Bahasa Arab (0)
Tahun 3
Bahasa Malaysia (0)
Bahasa Arab (0)
Bahasa Inggeris (0)
Matematik (0)
Sains (0)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (1)
Lain-lain Matapelajaran (0)
Tahun 4
Bahasa Malaysia (0)
Bahasa Inggeris (0)
Matematik (0)
Sains (0)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (2)
Lain-lain Matapelajaran (0)
Tahun 5
Bahasa Malaysia (2)
Bahasa Inggeris (2)
Matematik (0)
Sains (1)
Bahasa Arab (0)
Pendidikan Islam (2)
Pelajaran Jawi (0)
Lain-lain Matapelajaran (3)
Tahun 6
Bahasa Malaysia (1)
Bahasa Inggeris (3)
Matematik (0)
Sains (2)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (3)
Lain-lain Matapelajaran (0)
Tadika / Pra-Sekolah (3)
UPSR (1)
Tingkatan 1 (1)
Tingkatan 2 (0)
PMR (4)
SPM (1)
Pendidikan
Pendidikan Khas (0)
Kaunseling (0)
Bahasa dan Linguistik (1)
Pedagogi (0)
Prasekolah (0)
Cerita & Motivasi Guru (1)
Pengurusan Sekolah (0)
Panduan Aktiviti (1)
Penerbit Universiti
Umum (24)
Sains (6)
Kejuruteraan (4)
Alam Sekitar (8)
Islam (2)
Bahasa & Sastera (5)
Seni & Budaya (4)
Senibina (4)
Pendidikan (1)
Kesihatan & Perubatan (5)
Pengurusan (5)
Kamus & Bahasa
Bahasa Malaysia (0)
English (1)
Dwibahasa (1)
Peribahasa (0)
Simpulan Bahasa & Lain-lain (0)
Bahasa Arab (0)
Lain-lain Kamus (1)
Matematik (0)
Bahasa Indonesia
Al-Quran (3)
Pendidikan, Falsafah, Psikologi (1)
Novel (4)
Dakwah & Harakah (6)
Motivasi (5)
Wanita & Keluarga (3)
Ibadah (3)
Kematian & Akhir Zaman (5)
Buku-buku PROMOSI! Diskaun 20-70% (36)
TB Nota Hati Seorang Lelaki
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter