Laman Utama Kedai-Buku Novel Umum Pustaka Dini PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Thursday
May 23rd
Novel UmumarrowPustaka DiniarrowPD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck


PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Click here to enlarge
RM 21.85
Harga Biasa: RM 23.00
Pengurangan Harga: 5.00%
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-983-3707-67-6


Product: PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tajuk : Tenggelamnya kapal Van der Wijck
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn bhd
ISBN : 978-983-3707-67-6
Mukasurat : 350 Halaman
Status Stok : ADA

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah karya tersohor oleh Prof Dr. Hamka. Ianya adalah kisah cinta seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis dari keluarga ternama bernama Hayati. Cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak. Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak mendampingi Hayati. Ibarat ruas telah bertemu buku, bagai janggut pulang ke dagu, sama berbangsa keduanya, satu bulan satu matahari. Begitulah pandangan keluarga Hayati, ketika mereka sepakat menjodohkan Hayati dan Aziz.

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Prof. Dr. Hamka menulis buku ini ketika beliau berusia 31 tahun ketika darah masih muda, khayalan dan sentimen masih memenuhi jiwanya dan beliau dikritik hebat kerana ia adalah sebuah buku cinta sedangkan pada zaman itu buku yang sebegini tidak pernah diterbitkan. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu, masyarakat mulai faham akan perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia. Sehinggakan ada yang bertanya bila lagi Dr akan menulis cerita yang begini hebat seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Surat daripada Zainuddin kepada Hayati;
Lebih seratus kali namamu ku sebut dalam sehari. Kadang-kadang saya terpanggil dalam nyanyianku, kadang-kadang dalam ratapku. Kicut pintu ditolak angin, terasa langkah kau yang terdengar. Masih juga belum percaya, kau telah membuang saya dari ingatanmu. Saya tanyai diri saya, apakah saya berdosa kepadamu? Tidak rasanya, bahkan dosa yang lain yang kerap saya perbuat untuk mencukupkan cintaku kepadamu.

Surat Kahdijah (sahabat Hayati ) kepada Hayati
Cinta tidaklah teguh untuk mempertalikan laki isteri. Tali yang teguh adalah kemaslahatan kedua belah pihak. Cinta adalah bunga melur yang indah warna dan harum baunya dua hari genap ketiga selama air masih cukup dalam jambangan, selama tiga hari itu pula subur dan indahlah hidupnya. Yang selalu akan mengancam akan kesuburannya ialah kemiskinan. Kalau harta cukup cinta menjadi kalau harta tiada pergaulan terancam. Cinta atau rindu, dendam kasih sayang atau asyik maksyuk biarlah tinggal dalam khayal dari angan-angan pengarang hikayat.

Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.

Laman Utama Kedai-Buku Novel Umum Pustaka Dini PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Pilihan Penerbit ikut Kategori



Kategori Buku

Majalah
Al-Ustaz (10)
Haluan (4)
Malaysia (18)
Novel Umum
Alaf 21 (76)
Ameen Books (7)
Buku Prima (52)
Creative Enterprise (6)
Fajar Pakeer (30)
Galeri Ilmu (7)
Intens Idea (3)
Jemari Seni Sdn Bhd (56)
Kaki Novel (27)
KarnaDya (4)
Karyaseni (16)
NB Kara (13)
PTS (42)
Pustaka Dini (4)
Penulisan2u (4)
Roket Kertas (0)
SR Publication (9)
Telaga Biru (6)
Utusan / Tintarona (0)
Lain-Lain Penerbit (11)
Novel Islami (6)
Novel Inggeris (2)
Novel Sains & Fantasi (15)
Novel Seram / Thriller (5)
Novel Sejarah Tempatan (3)
Novel Sejarah Islam (14)
Novel Ketenteraan (2)
Cerpen, Puisi, Komik, Grafik
Cerpen (10)
Puisi (1)
Komik & Grafik (9)
Remaja
Umum (10)
Panduan & Motivasi (5)
PTS (19)
KarnaDya (3)
Siri Lela Zehan (4)
Kanak-Kanak
Umum (4)
Buku Aktiviti (6)
Belajar Membaca (4)
Inggeris (10)
Jawi, Arab, Quran (10)
Siri Islami (16)
Siri PTS (13)
Siri Ana Solehah (3)
Siri Pengembaraan Akif (5)
Islam
Umum (25)
Akidah & Kepercayaan (5)
Solat (14)
Puasa (5)
Haji & Umrah (6)
Quran & Hadis (6)
Biografi (5)
Dakwah (6)
Sejarah & Politik (10)
Nabi & Rasul (2)
Doa & Amalan (24)
Akhir Zaman (4)
Soal-Jawab (6)
Travelog (5)
Kekeluargaan
Wanita & Ibu (20)
Perkahwinan (25)
Didik Anak (13)
Bakal Ibu (9)
Resepi & Makanan
Kompilasi Negeri & Bangsa (14)
Nasi & Lauk-Pauk (33)
Roti, Kek & Biskut (16)
Manisan & Kuih-Muih (14)
Recipes (English) (6)
Western (1)
Aneka (9)
Kanak-Kanak (1)
Dekorasi (1)
Sarapan (1)
Buahan & Jus (1)
Kompilasi Chef (4)
Pelbagai Mi (0)
Perayaan & Sambutan (8)
Kesihatan (1)
Hobi & Kemahiran
Gubahan & Hantaran (3)
Jahitan & Sulaman (12)
Fesyen (3)
Tumbuhan & Hiasan Laman (2)
Anjung Seri (0)
Seni Kreatif (3)
Music (0)
Sudoku (1)
Fotografi (4)
Buat Sendiri (DIY) (0)
Bisnes & Pengurusan
Usahawan (12)
Mula Bisnes (2)
Bisnes Konventional (14)
Internet Bisnes (12)
Jualan (6)
Marketing (5)
Hartanah & Saham (7)
Motivasi Usahawan (9)
Kepimpinan (10)
Operasi & Pengurusan (3)
Sumber Manusia (0)
Pembangunan Kerjaya (11)
Pelaburan & Kewangan (8)
English Books (19)
Panduan
Umum (8)
English (5)
Kesihatan & Kecantikan (4)
Ikatan & Cinta (15)
Urus Masa (2)
Internet (0)
Kerjaya (10)
Urus Wang (13)
Penulisan (3)
Motivasi
Umum (19)
Inggeris (1)
Pelajar (7)
Islamik (14)
Guru & Pendidikan
Pendidikan Khas (2)
Kaunseling (4)
Bahasa dan Linguistik (2)
Pedagogi (3)
Prasekolah (4)
Cerita & Motivasi Guru (1)
Asas & Dasar Pendidikan (0)
Panduan Aktiviti (1)
Sekolah
Tahun 1
Bahasa Malaysia (1)
English (3)
Matematik (0)
Sains (2)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (1)
Tahun 2
Bahasa Malaysia (2)
English (4)
Matematik (2)
Sains (7)
Pendidikan Islam (3)
Pelajaran Jawi (1)
Bahasa Arab (1)
Tahun 3
Bahasa Malaysia (1)
English (3)
Matematik (5)
Sains (5)
Pendidikan Islam (0)
Pelajaran Jawi (0)
Pendidikan Moral (0)
Tahun 4
Bahasa Malaysia (2)
English (0)
Matematik (2)
Sains (1)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (2)
Kajian Tempatan (1)
Tahun 5
Bahasa Malaysia (1)
English (1)
Matematik (3)
Sains (3)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (1)
Tahun 6
Bahasa Malaysia (1)
English (2)
Matematik (1)
Sains (2)
Pendidikan Islam (1)
Pelajaran Jawi (2)
UPSR (4)
Tingkatan 1 (1)
PMR (9)
SPM (7)
Penerbit Universiti
Umum (25)
Sejarah (0)
Politik (0)
Biografi (0)
Sains (6)
Kejuruteraan (4)
Alam Sekitar (8)
Islam (2)
Bahasa & Sastera (5)
Seni & Budaya (4)
Senibina (4)
Pendidikan (1)
Kesihatan & Perubatan (4)
Kekeluargaan (0)
Pengurusan (4)
Kamus & Bahasa
Bahasa Malaysia (1)
English (0)
Dwibahasa (4)
Peribahasa (2)
Simpulan Bahasa & Lain-lain (0)
Bahasa Arab (0)
Mandarin (0)
Tamil (0)
Lain-lain Kamus (3)
Bahasa Indonesia
Pendidikan, Falsafah, Psikologi (11)
Kitab & Tatabahasa Arab (2)
Novel (13)
Al-Quran (15)
Dakwah & Harakah (30)
Motivasi (11)
Wanita & Keluarga (33)
Ibadah (18)
Khiamat & Akhir Zaman (8)
Cenderahati
Kad Raya (6)
Promosi (11)
PD Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter