Tajuk : Cerita Dari Hati
Pengarang : Nurul Nazwa
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn. Bhd
ISBN : 983-2672-69-4
Mukasurat :
Status Stok : ADA
AISYA Humaira, gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahankan agama dalam dirinya biarpun hidup pada zaman penuh arus globalisasi.
Berpegang pada prinsip ‘la ilah haillallah’, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya. Sudah menjadi adat manusia mencari Allah di kala kesusahan, Aisya Humaira cuba memberi bantuan. Membawa dan memimpin manusia kembali kepada Allah iaitu mencintai Allah di tingkat yang paling atas.
Namun, di kala dia cuba memimpin, ada juga yang menentang. Aisya Humaira tetap nekad dengan niatnya untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah asal. Sesungguhnya dia tahu, itulah janji yang Allah berikan pada sesiapa yang berjuang di jalan-Nya.
Di hatinya, Aisya Humaira memanjatkan doa dan harapan agar insan yang dibimbingnya menemui cinta Ilahi yang lebih hakiki. Hingga suatu ketika, gadis ini diuji Allah.
Dia terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta Allah, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-Nya. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan oleh-Nya.
Sehingga dia merasakan ujian Allah padanya melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.
Pengguna Paypal & Euro Transfer sahaja! Sila TUKAR kepada matawang EURO sebelum membeli.
Cara : Pilih EURO dan klik "Change Currency". |