Tentang Kami

Print

Latar belakang Kedai-Buku.com

forTwitterKedai-Buku.com dimiliki oleh KBC Media Global Distributor (SA0131325-X) memulakan operasi rasmi pada 1.1.2009 dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Pengalaman lebih 2 tahun  menguruskan pesanan ke luar negara dengan KedaiPerantau.net adalah kelebihan kepada Kedai-Buku.com. Ditambah lagi dengan pelbagai checkout pembayaran yang lebih fleksibel iaitu Maybank2U, CIMB, Bank Islam untuk pembayaran dalam Ringgit Malaysia dan Paypal yang merupakan option gateway paling popular di seluruh dunia.

Pada awalnya, KedaiPerantau.net hanya menjual buku-buku dari Jemari Seni Publishing sahaja. Oleh kerana permintaan dari pelanggan sedia ada agar menambah juga buku terbitan syarikat lain, maka pihak pengurusan mengambil langkah membina laman web khas untuk menjual buku-buku hasil dari karya rakyat Malaysia secara online. Dengan adanya Kedai-Buku.com, peminat buku bahasa Malaysia terutamanya berpeluang dengan lebih mudah mendapatkannya.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi bahasa Malaysia khususnya.


Salam Mesra.

Pengurusan

www.Kedai-Buku.com
Gedung Buku Malaysia Online - Malaysia Online Bookstore