IE guna Google Chrome?

Print

best-browser

Pertandingan Browser
"Browser mana yang anda sedang guna?", "Tahukan anda browser mana yang lebih selamat?" dan Jom tengok statistik browser yang digunakan oleh pelawat-pelawat di Kedai-Buku.com!"

Suatu ketika dulu sekitar tahun 1997, Netscape telah mengambil tempat yang setanding malah lebih dari Internet Explorer, IE. Sekarang, tahun 2009, kita lihat pertandingan sengit diantara IE, Google Chrome, Firefox dan Safari. Masing-masing boleh mengatakan atau menunjukkan kehebatan tersendiri. Tetapi ini tidak dapat dinafikan oleh pengalaman sendiri menggunakannya walau apa pun statistik yang diketengahkan.


internet_browser_war


Google Chrome dalam Internet Explorer???

Tanggal 23hb September 2009, Google telah mengumumkan keupayaan browser-nya untuk berfungsi di dalam Internet Explorer. Dengan penggunaan "Google Chrome Frame" dikatakan boleh menggunakan fungsi dan kelebihan kelajuan Browser Google Chrome di dalam Internet Explorer. Walaupun ini benar, ia masih lagi bergantung sekiranya pengguna tersebut mempunyai Google Chrome di dalam Komputer masing -masing atau tidak serta kesedaran tentang kepentingan menggunakan browser lain selain dari Internet Explorer. Rata-rata dalam 65% hingga 75% pengguna dunia masih lagi menggunakan Internet Explorer yang merupakan browser yang ketinggalan dari segi teknologi web masakini, keselamatan dan kemampuan kelajuan browsing. Yang ada pada IE adalah pada populariti dan kerana Windows OS sahaja.


Untuk pembacaan lanjut tentang kelebihan Google Chrome Frame, boleh merujuk dari link berikut.
Rujukan: "Google Finds Way to Put Chrome Inside Explorer"

http://www.businessweek.com/technology/content/sep2009/tc20090923_799626.htm

sunspider_tests

Kenapa Javascript menjadi kayu pengukur dalam Browser?
Kebanyakan aplikasi-aplikasi di dalam web (contohnya forum, chat dll) menggunakan Javascript sebagai bahasa program yang menjalankan aplikasi tersebut. Aplikasi ini perlu di proses oleh setiap browser yang digunakan untuk melayari web berkenaan. Secara teknikalnya ketika sesuatu web dilayari, browser akan download dan memproses javascript berkenaan didalam komputer setiap individu yang melayari web itu. Oleh itu, sekiranya cepat browse tersebut boleh proses maka cepatlah laman tersebut dapat dilihat dan digunakan. Ia memainkan peranan utama dalam menentukan keberkesanan dan kelajuan dalam melayari sesuatu web.

Secara kesimpulannya, amatlah disyorkan penggunaan browser selain dari Internet Explorer iaitu samada:

Ini kerana ketiga-tiga browser berkenaan selalu di-upgrade bukan sahaja dari segi kesesuaian penggunaan mengikut teknologi web terkini malah yang paling penting adalah keselamatan pengguna-pengguna internet (dari web yang mempunyai script virus ataupun berpotensi mengambil data dari komputer secara senyap).

 

Statistik Pelawat ke Kedai-Buku.com dari Januari 2009 - September 2009

kbc_browser_stat

" Pengguna Internet Explorer masih lagi melebihi 50%, namun telah ramai pengguna internet di Malaysia sedar kelebihan browser lain. Tidak mustahil browser Firefox sedikit masa lagi mampu menandingi IE, ekoran kelebihan kelajuan dan ciri keselamatannya."