Print Print
Novel Umum arrow Cute Kreatif arrow CK Nelayan Vs CEO

CK Nelayan Vs CEO


CK Nelayan Vs CEO
Click here to enlarge
RM 25.60
Harga Biasa: RM 32.00
Pengurangan Harga: 20.00%
Save page as PDF
Print Print this page
Email to a Friend

Product SKU: 978-967-0883-07-6


Product: CK Nelayan Vs CEO

Tajuk : Nelayan Vs CEO
Pengarang : Ain Fatisya
Penerbit : Cute Kreatif
ISBN : 978-967-0883-07-6
Status Stok : ADA

Eh, suami kau nelayan??

Seorang nelayan yang hidupnya saban hari diselar mentari. Kehadiran Nurul Ain menyebabkan nelayan itu gigih mencari cintanya. Sanggupkan Nurul Ain menjatuhkan egonya demi seorang nelayan kampung bernama Arman Zafril. Mungkinkah seorang Nurul Ain yang sombongnya menongkat langit duduk berdampingan dengan nelayan yang busuk menusuk hidung.

Melihat dari riak wajah Nurul Ain, dia sudah tahu perasaan yang melanda wanita itu.

"Tulah tadi nak sangat belajar berenang. Baru dia tahu!"- Arman Zafril
"Orang mandi dulu baru solat, ni awak terbalik, solat dulu baru mandi. Tak pernah di buat dek orang" - Nurul Ain

Arman Zafril yang sudah berdiri tegak dan bersedia untuk mengangkat takbir, berpaling semula kepada Nurul Ain.

"Orang tak pernah buatlah saya buat...,lagi pun bukan ada buat apa pun malam tadi. Bukan nak kena mandi wajib pun!"

Baru saja dia hendak membasuh mukanya, dia terdengar seperti derak langkah seseorang sedang melalui tepi bilik air tersebut. Dadanya berdegup kencang. Segera dia menutup pili. Dia mendekatkan telinga ke tepi dinding bilik air. Derak langkah tersebut semakin hampir. Sedetik kemudian, dia ternampak pintu bilik air seolah-olah ditolok dari luar. Debaran di dada semakin laju. Tanpa berfikir panjang, Nurul Ain dengan pantas mengambil papan plywood yang kebetulan terletak elok di tepi bilik air. Dengan tiba-tiba pintu terkuak luas dari luar. Kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala separas lutut hendak melangkah masuk ke bilik air. Namun wajahnya tidak jelas. Dengan pantas dia menghempuk kepala lelaki itu sekuat hati dengan menggunakan papan plywood itu.

"Aduh!!" Lelaki itu tidak sempat mengelak lalu jatuh terduduk.


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.