Novel Umum arrow Cute Kreatif arrow CK Queen Control

CK Queen Control

previous productnext product

CK Queen Control
Click here to enlarge
RM 23.20
Harga Biasa: RM 29.00
Pengurangan Harga: 20.00%
Save page as PDF
Print Print this page
Email to a Friend

Product SKU: 978-967-12576-2-3


Product: CK Queen Control

Tajuk : Queen Control
Pengarang : Ilya Abdullah
Penerbit : Cute Kreatif
ISBN : 978-967-12576-2-3
Status Stok : ADA

Putri Tasnim wanita berkolar putih. Pantang mengalah sebelum rebah kata orang. Sentiasa ego dan megah dengan keupayaan diri. Namun rebah dan pitam apabila kena cekup dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki poyo yang menyakitkan hati. Papa nikahkan juga dia dengan lelaki itu walau dia puas mengatakan dia tidak bersalah. Dunianya gelap gelita. Sekelip mata dapat status puan dan suami ekspress. Ini bukan pernikahan paksaan dari keluarga. Ini pernikahan tidak rela. Rahsia perlu disimpan dengan kemas. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut kata orang.

Tiryaq ini memang jenis tak makan saman dan suka buat perkara di luar dugaan. Elok-elok rahsia tersimpan kemas mula tersebar ikut peringkat. Sabar ajalah! Mulut terpaksa menipu bagai untuk menutup kes asal. Kenapalah nasib dia malang sangat.

Masalah satu-persatu menimpa Putri Tasnim sampai dia pasang spy intip Tiryaq. Dia hendak tahu siapa suaminya yang tampak seperti blur tetapi ada udang di sebalik batu.

Musuh ketat pula pasang strategi dari A hingga Ke Z. Tengku Tyea tidak akan membiarkan Putri Tasnim hidup bahagia. Bila penipuan terbongkar, rajuk Putri Tasnim mula kononnya hendak membawa diri. Kata orang rindu sudah bertamu di hati. Makin jauh makin rindu dan sayang. Teman bertekak tiada di sisi. Salah si suami bukan besar sangat. Lupakan cerita lama buka cerita baru. Cinta sudah bersemi.


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.