Novel Umum arrow Lain-Lain Penerbit arrow AR Suamiku Along???

AR Suamiku Along???

previous productnext product

AR Suamiku Along???
Click here to enlarge
RM 23.92
Harga Biasa: RM 29.90
Pengurangan Harga: 20.00%
Save page as PDF
Print Print this page
Email to a Friend

Product SKU: 978-967-13803-0-7


Product: AR Suamiku Along???

Tajuk : Suamiku Along???
Pengarang : Amien Khya
Penerbit : Amira Resources & Publication
ISBN : 978-967-13803-0-7
Status Stok : ADA

Damia Humaira merupakan anak tunggal Pak Mael dan Mak Piah yang sedang menuntut dalam bidang perundangan di UKM. Semasa berada di tahun akhir pengajian, Damia dikejutkan dengan berita kematian ayah tercinta, menyebabkan Damia bergegas pulang ke kampungnya. Selepas seminggu kematian Pak Mael, keluarga Damia didatangi oleh seorang lelaki bernama Irfan dan mengatakan kedatangannya adalah untuk menuntut hutang yang dipinjam oleh Pak Mael. Damia dan Mak Piah tidak boleh menerima hakikat, bahawa Pak Mael berhutang dengan Irfan dan bertindak untuk melawan lelaki tersebut. Tindakan agresif Damia membawa padah, apabila dia ditumbuk oleh Irfan, menyebabkan dia jatuh pengsan.

Damia dan Mak Piah telah dikurung oleh Irfan. Semasa di dalam kurungan, Damia meminta Irfan jadikannya sebagai isteri yang sah, tetapi Irfan telah menolak lamaran Damia dan meminta Damia dan Mak Piah menjadi pembantu rumahnya sehingga pinjaman Pak Mael lunas. Semasa bekerja dengan Irfan, apa yang dilakukan oleh Damia semua salah dan sering berlaku persengketaan antara mereka. Akhirnya, Ifran telah membawa Damia untuk bekerja dengan Dato' Razak Zainoddin. Sepanjang bekerja di RZ Sdn. Bhd. Damia sering digosipkan dengan anak tunggal Dato' Razak iaitu Ikhwal, tetapi Damia menafikannya, kerana Damia sering terkenangkan Irfan yang sudah berkahwin dengan gadis pilihannya.

Damia rindukan saat bersama-sama dengan Irfan, walaupun dia dilayan sangat teruk oleh bekas majikannya. Tapi kini Damia terpaksa akur kerana Irfan sudah berkahwin dan tidak mungkin akan menjadikan miliknya lagi.

Marina telah sepakat dengan Datin Razilah untuk menjodohkan Ikhwal dengan Damia, akan tetapi misi mereka tidak berhasil kerana hati Damia hanya untuk Irfan, menyebabkan Marina dan Datin Razilah sedikit kesal. Damia telah menceritakan segala keburukan Irfan kepadanya, tetapi hatinya tetap pada Irfan. Tanpa diduga Marina, insan yang sangat Damia percayai adalah isteri Irfan yang sah. Sanggupkan Marina dan Damia berkongsi kasih? Berjayakah Damia merebut cinta Irfan? Sama-sama ikuti kisah mereka dalam Suamiku Along???


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.