PTS Panduan Memilih Agama
Product SKU: 9799833372019
Tajuk : Panduan Memilih Agama
Pengarang : Mohd Rosmizi Abd Rahman
Penerbit : PTS Millenia
ISBN : 9799833372019
Mukasurat : 210 Halaman
Kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan manusia abad ini. Namun begitu, masih ada yang tercari-cari agama yang benar walaupun sudah eragama. Buku ini menyediakan panduan umum bagi mengkaji dan memilih agama.
Prakata
Bahagian 1: Agama?
Kesedaran Beragama
Kenapa Perlu Beragama?
Keperluan dan Kepentingan Agama
Kenapa Ada Banyak Agama?
Bahagian 2: Apakah Agama-agama di Dunia?
Agama-agama Dunia
Agama Hindu
Agama Jaina
Agama Budha
Agama Sikh
Agama Tao
Agama Konfusius
Agama Zarathustra
Agama Yahudi
Agama Kristian
Agama Islam
Persamaan dan Perbezaan Agama
Bahagian 3: Bagaimanakah Memilih Agama?
Panduan Memilih Agama
Mengkaji Asal Usul Agama
Meneliti Sumber Agama
Menyiasat Pembawa Agama
Menganalisis Ajaran Agama
Meninjau Tujuan Agama
Membandingkan Upacara Agama
Menguji Keberkesanan Agama
Percanggahan dan Kekeliruan
Renungan
Nota Hujung
Bibliografi
Biodata Penulis
Selepas tercetusnya revolusi dan perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti peradaban, pe-mikiran dan agama, manusia mula cuba hidup berdikari. Mereka tidak lagi mahu dikongkong dan dipaksa supaya mengikuti tradisi dan kepercayaan tahayul. Sekiranya pada waktu dahulu manusia hanya menurut dan menerima sahaja kepercayaan daripada nenek moyang, kini, mereka sudah mula sedar yang tidak semua kepercayaan yang diwarisi itu benar. Kebanyakannya sudah dicampur aduk, diubah, direka dan sebagainya.
Justeru, mereka mula sedar kepercayaan dan beragama adalah hak masing-masing. Ia adalah sesuatu yang istimewa dan tidak boleh dipaksa. Tidak hairanlah sekiranya pada hari ini, ramai manusia berfikir terlebih dahulu sebelum memilih ataupun menganuti sesuatu agama. Kebanyakan mereka mula membanding, menganalisis, dan meneliti suatu agama terlebih dahulu sebelum membuat keputusan hendak mengikut agama itu.
Walaupun begitu, kebanyakan golongan yang menyedari hak mereka dalam memilih agama agak terpesong dalam membuat pilihan. Mereka tersalah memilih agama yang tidak sepatutnya diikuti iaitu agama yang tidak benar. Ini berkemungkinan kerana mereka masih tidak dapat membuat perbandingan, analisis serta kajian yang terperinci berkenaan hakikat sesuatu agama. Ia mungkin juga disebabkan jalan yang mereka perlu tempuhi dalam membuat keputusan agak kabur dan penuh tipu muslihat. Akibatnya, mereka tersalah dalam membuat pilihan bahkan ada yang lebih jauh tersesat daripada kebenaran.
Oleh itu, jalan penyelesaian perlu dicari dan diberikan kepada golongan yang ingin mencari kebenaran. Tali dan pelampung keselamatan perlu dicampakkan kepada mereka yang terkapai-kapai kelemasan dalam lautan beragama bagi memastikan mereka tidak turut terkorban ditenggelami ombak kejahilan dan kesesatan.
Demikianlah antara tujuan buku kecil ini ditulis iaitu memberikan secara ringkas panduan umum dalam mencari agama yang benar. Saya berharap buku ini dapat memberikan sinaran kepada mereka yang benar-benar ingin mencari kebenaran dalam beragama. Semoga buku ini juga dapat menolong menyedarkan mereka yang sudah dan sedang terpesong dengan mengikuti agama yang tidak benar yang dipenuhi seribu satu masalah dan persoalan. Buku kecil ini memulakan perbincangan dengan per-bahasan mengenai hakikat kesedaran beragama. Kemudian, perbincangan diteruskan dengan mengemukakan sebab-sebab kenapa manusia perlu beragama. Keperluan dan kepentingan beragama turut dibincangkan dengan ringkas. Selepas itu, buku ini cuba mengupas sebab-sebab wujudnya pelbagai agama di dunia. Kemudian, kepercayaan dan ajaran pelbagai agama dipaparkan dan disudahi dengan memberikan persamaan dan perbezaan antara kebanyakan agama secara ringkas.
Seterusnya, buku ini memulakan perbincangan berkaitan panduan memilih agama yang benar. Di sini, beberapa panduan umum dalam memilih agama diberikan dan diterangkan. Buku ini disudahi dengan satu slot renungan. Di sini, para pembaca diajak merenung, memikir dan meneliti sejenak hakikat hidup beragama.
Pengguna Paypal & Euro Transfer sahaja! Sila TUKAR kepada matawang EURO sebelum membeli.
Cara : Pilih EURO dan klik "Change Currency". |