Laman Utama

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Sunday
Oct 26th

Novel Paling Popular

E-mailPrintPDF

Buku_PopularKetiga-tiga novel paling popular ini kini telah berada di Kedai-Buku.com. Penghantaran akan dilakukan kepada pelanggan yang telah membuat pesanan dan bayaran. Kepada anda yang berminat, jangan terlambat kerana novel popular ini boleh habis bila-bila masa !!

Novel Paling Popular Andai Itu Takdirnya dan Cinta kau dan Aku karya Siti Rosmizah bukan sahaja berada di senarai Top 10 Kedai-Buku.com malah kedai buku di luar sana. Telah beberapa kali di ulang cetak, dan beberapa bulan lepas telah kehabisan stok dan kini kembali !!

Novel Kau Sayangku karya Bikash Nur Idris ini buat pertama kalinya berada di Kedai-Buku.com, setelah sekian lama tiada di pasaran. Pihak KBc menyenaraikan buku-buku yang telah tiada dipasaran dengan tujuan memberi peluang kepada buku tersebut dicari dan mereka yang menghargai buku tersebut boleh membuat pesanan atau pertanyaan. Hasil dari statistik permintaan anda, kami menghantarnya kepada pihak penerbit untuk cadangan ulang cetak.

Kita ucapkan terima kasih kepada pihak penerbit Alaf21 yang bertindak proaktif memenuhi permintaan pelanggan dan dengan cepat membuat ulang cetak novel ini.

Oleh itu, sekiranya buku kegemaran anda ada di senarai Kedai-Buku.com, kami mohon agar anda membuat komen-komen ikhlas di bawah ruangan komen di setiap laman buku tersebut. Komen anda semua mampu membuatkan buku tersebut terus dipasarkan dan seterusnya memotivasikan penulisnya agar terus berusaha berkarya.

Seterusnya anda bolek klik di tajuk novel di bawah untuk ke laman membaca lanjut tentang novel tersebut serta membuat pesanan. Hadiahlah novel popular ini untuk adik-adik mahupun teman tersayang. Pasti novel ini akan disimpan sebagai koleksi bernilai.

Novel Popular Telah Siap Dicetak! Telah sampai di Kedai-Buku.com!

 

 
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter