Laman Utama

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Wednesday
Aug 23rd

Pelangi Dakwah : Detik Indah Aku Bersama Tarbiah

E-mailPrintPDF

 pdakwah

Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun, kisah dan pengalaman mereka hanya sekadar rekaan yang tidak mungkin akan dapat dijadikan teladan. Kata orang pengalaman merupakan guru terbaik dalam sebuah kehidupan, maka pengalaman dikongsi bukan untuk mencari nama tetapi sebagai batu loncatan untuk menjadi yang terbaik di sisi Tuhan.

Pengalaman yang indah tatkala disapa hidayah Allah;

“Akhirnya, adik itu merangkak sendiri mencari jalan ke arah Islam dan iman.Betapa indahnya saat dia disambut penuh kehangatan cinta dan kasih sayang oleh teman baiknya dan kakak-kakak yang tidak pernah jemu mengajaknya sebelum ini. Apabila dia menyangka tidak ada lagi ruang untuknya, rupanya terbuka luas sebuah rentang kehidupan baru yang terlalu indah dan penuh kemanisan. Itulah kehidupan tarbiah.”

“Semakin saya baca al-Quran, semakin saya faham tentang setiap apa yang ada di sekeliling.Tentang perjalanan hidup.Tentang kehidupan abadi selepas mati.Tuhan itu ada.Dan hidup saya lebih bermakna sekarang.Alangkah baiknya, jika saya memeluk Islam lebih awal lagi.”

Pengalaman yang perit tatkala difitnah;

“Kami juga sering kali dilabelkan sebagai kurang bersosial. Jarang bersama masyarakat.Sedih.Padahal kami bukanlah seperti yang diperkatakan. Mungkin sahaja kerana kami sering kali meluangkan masa dengan usrah dan program-program tarbiah yang lain. Namun ini merupakan satu peringatan buat kami agar selalu berusaha mendekati masyarakat., Yang pasti, kami tidak mahu menjadi fitnah untuk dakwah.”

“Penggerak kegiatan subversif yang mahu menjatuhkan kerajaan! Usaha bawah tanah menghasut pelajar supaya mengkafirkan pemerintah! Ajaran sesat yang kerap berbincang senyap-senyap dalam gelap malam!”

Semoga pengalaman mereka dalam dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pastinya jalan keluar menanti di balik setiap rintangan. Allah tidak mahu memberi beban, tetapi ingin mengajar erti sebuah perubahan.”

 

 
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter