Laman Utama

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Friday
Oct 31st

Buku Pilihan Dis11 - Novel Terbitan SR Publication

E-mailPrintPDF

srp

Dapatkan buku-buku terbaru terbitan SR Publication dengan menampilkan penulis yang tidak asing lagi iaitu Ain Marissa dan Izzul Izzati. Karya yang menyentuh jiwa dan pasti tidak akan mengecewakan anda.

Rindu Tanpa Kata

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya. Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad. Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu. Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu.

Kelat-kelat Sayang

Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina. Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkankan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu...

 

 
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter