Laman Utama

Gedung Buku Online Terbesar Malaysia

 

Monday
Nov 24th

Novel Kasih Yang Suci

E-mailPrintPDF

kasih-yang-suci

Para pelanggan yang dihormati sekalian,

Nampaknya novel ini telah menjadi perhatian utama peminat-peminat novel juga peminat drama bersirinya di TV3 sekarang ini ya! Pihak Kedai-Buku.com telah menerima berpuluh-puluh email pertanyaan mengenai novel ini. Pertanyaan melalui telefon juga tidak terkira bilangannya. Pihak penerbit juga tertungkus-lumus membuat cetakan demi cetakan semula novel ini yang telah habis di pasaran. Pihak kami mengucapkan tahniah kepada penulisnya Meen Zulaikha, pihak penerbitnya dan juga para pembikinan drama kerana telah berjaya menarik lebih ramai masyarakat menjadi pembaca di luar sana. Semoga anda semua mendapat manfaat dari pembacaan juga tontonan kisah ini...

Untuk makluman semua, novel Kasih Yang Suci ini, dijangka akan siap dicetak pada 6 Jun 2011 10 Jun 2011 di penerbit akan tiba di Kedai-Buku.com. Pihak Kedai-Buku.com telah pun membuat pesanan novel ini kepada penerbit dan diharap akan menerima stok baru tersebut dalam minggu hadapan. Insya Allah...

Bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat pesanan dan juga pembayaran, penghantaran akan dibuat segera setelah stok baru tiba nanti.

Kami dahulukan ucapan terima kasih di atas kesabaran saudara dan saudari sekalian.

Salam Hormat

Kedai-Buku.com

 
VirtueMart
Your Cart is currently empty.


Follow us on Twitter